Anugerah Sastera Mastera

Anugerah Sastera MASTERA merupakan projek yang dipertanggungjawabkan kepada MASTERA Brunei Darussalam untuk diberikan kepada tokoh sastera yang terpilih berdasarkan sumbangan mereka dalam dunia sastera di negara anggota MASTERA. Anugerah ini diberikan apabila MASTERA Brunei Darussalam menjadi tuan rumah Sidang MASTERA dengan tujuan:

  • Sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh sastera atau sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif serta telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui karya yang bermutu tinggi;
  • Mengangkat martabat sastera Melayu di Asia Tenggara;
  • Mengangkat nama penulis sesebuah negara yang menerima anugerah;
  • Menjadi pendokong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan;
  • Mewujudkan persefahaman serantau.

Penerima anugerah akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND$10,000.00, sijil/plak pengiktirafan, sebidang kain Jong Sarat (Tenunan Brunei), penterjemahan dan penerbitan karya yang difikirkan sesuai ke dalam bahasa asing di negara masing-masing dan kemudahan untuk menerbitkan karya yang bersesuaian di Negara Brunei Darussalam (Penerima dari Negara Brunei Darussalam sahaja).

SENARAI PENERIMA ANUGERAH SASTERA MASTERA

YAHYA M.S

(BRUNEI DARUSSALAM)

AJIP ROSIDI

(INDONESIA)

ARENA WATI

(MALAYSIA)

MUSLIM BURMAT

(BRUNNEI DARUSSALAM)

SUTARDJI CALZOUM BACH

(INDONESIA)

ISMAIL HUSSEIN

(MALAYSIA)

A. HASHIM HAMID

(BRUNEI DARUSSALAM)

RENDRA

(INDONESIA)

SITI HAWA HAJI SALLEH

(MALAYSIA)

SHUKRI ZAIN

(BRUNEI DARUSSALAM)

BUDI DARMA

(INDONESIA)

SHAHNON AHMAD

(MALAYSIA)

YURA HALIM

(BRUNEI DARUSSALAM)

SAPARDI DJOKO DAMONO

(INDONESIA)

MUHAMMAD HAJI SALLEH

(MALAYSIA)

SURATMAN MARKASAN

(SINGAPURA)

ADI RUMI

(BRUNEI DARUSSALAM)

GOENAWAN MUHAMAD

(INDONESIA)

KEMALA

(MALAYSIA)

ISA KAMARI

(SINGAPURA)

Scroll to Top