Sidang MASTERA

MASTERA bersidang sekali setahun secara bergilir-gilir di negara anggota MASTERA. Tarikh, tempat dan waktu sidang ditetapkan dalam sedang terdahulu. Sidang MASTERA sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Tatakerja MASTERA diselenggarakan oleh tuan rumah dan dibuka oleh Pengerusi MASTERA tuan rumah serta dipengerusikan oleh Pengerusi MASTERA Peringkat Rantau. Sidang MASTERA dilaksanakan setiap tahun untuk tindakan/keterangan/keputusan berikut yang biasanya dibincangkan/dibahas sebelum disepakati

·            Menentukan hal-hal dasar;
·            Mengesahkan perkara yang berkaitan dengan garis haluan kegiatan MASTERA;
·            Hasil kerja Panel Peneliti/Pengkaji; dan
·            Rencana/Rancangan Kerja MASTERA selanjutnya.

Bahan/dokumen sidang disediakan oleh negara tuan rumah yang menyelenggarakan sidang. Sementara itu, bahan dokumen lain seperti laporan kegiatan, rancangan kerja, kertas cadangan kegiatan, usul/usulan disediakan oleh negara anggota MASTERA yang berkaitan dan dikemukakan kepada Sekretariat MASTERA negara penyelenggara selewat-lewatnya sebulan sebelum sidang berlangsung.

Scroll to Top