Untuk mencapai tujuan yang termaktub dalam Piagam MASTERA dan untuk menjalankan fungsinya dengan sebaik-baiknya, ketiga-tiga pihak negara pendiri bersetuju menerima tatakerja yang berikut:
Majlis beranggotakan MASTERA Malaysia, MASTERA Indonesia, dan MASTERA Brunei Darussalam sebagai pendiri; negara lain di Asia Tenggara sebagai ahli atau pemerhati.
- – Majlis bersidang sekali setahun di negara pendiri secara bergilir-gilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya kira-kira tiga hari.
– Tempat dan waktu Sidang Majlis ditentukan pada Sidang sebelumnya.
– Sidang Majlis diselenggarakan oleh tuan rumah dan dipengerusikan oleh pengerusi semasa.
– Bahasa rasmi persidangan Majlis ialah Bahasa Melayu/Indonesia.
– Bahasa-bahasa lain dibolehkan dengan syarat pihak penganjur atau negara ahli/pemerhati menyediakan enterjemah ke dalam bahasa rasmi persidangan.
– Persidangan Majlis terbahagi kepada dua, iaitu Sidang Majlis, dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil.
– Sidang Majlis menentukan hal-hal dasar, mengesahkan perkara yang berkenaan dengan hala tuju kegiatan sastera, hasil kerja Panel Peneliti serta rencana kerja Majlis selanjutnya.
– Mesyuarat Jawatankuasa Kecil mempunyai hak dan tugas sebagai berikut:
– Menentukan tatakerja dan pelaksanaan kerja Majlis.
– Merancang pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan sastera.
– Mempertimbangkan dan meluluskan projek yang dicadangkan oleh negara-negara ahli.
– Menyelenggarakan kegiatan kesusasteraan yang telah diluluskan oleh Sidang Majlis.
– Membuat sokongan ke atas sesuatu projek yang bermanfaat dilaksanakan oleh MASTERA.
– Mengarahkan kegiatan penelitian.
- – Peserta Sidang Majlis terdiri daripada Ketua, Wakil Ketua, Setiausaha semua ahli Jawatankuasa, dan pemerhati.
- – Peserta Mesyuarat Jawatankuasa Kecil terdiri daripada Ketua Perwakilan, Setiausaha, dan dua orang daripada tiap-tiap MASTERA negara pendiri atau negara ahli.
- – Peserta Panel Peneliti terdiri daripada pakar bidang yang diikutsertakan.
- – Pemerhati terdiri daripada anggota perwakilan yang tidak menjadi anggota Panel Peneliti, wakil rasmi negara bukan anggota negara terdiri dan/atau badan rasmi yang menghadiri Sidang atas undangan Majlis.
- – Pemerhati mempunyai hak suara tanpa hak undi.
- – Bahan persidangan disiapkan oleh jawatankuasa negara penyelenggara.
– MASTERA negara pendiri lain mengirimkan bahan persidangan selambat-lambatnya sebulan sebelum Sidang Majlis berlangsung.
Keputusan majlis mengandungi perkara-perkara berikut:
- – Keputusan Umum yang ditandatangani oleh para Ketua Perwakilan negara pendiri.
– Lampiran keputusan umum yang berupa keputusan, rumusan, dan bahan dokumentasi.
– Butir lain yang berkenaan dengan Sidang Majlis seperti daftar nama perwakilan dan jadual acara Sidang.
– Ucapan Tetamu Kehormat Majlis dan Ketua Perwakilan sebagai lampiran.